Monday, September 24, 2007

SK TANAH LIAT

Rasional Sejarah
Kewujudan Sekolah Kebangsaan Tanah Liat bermula sebelum tahun 1892. Penubuhannya diasaskan kepada dua tempat pengajian iaitu bangsal Pendidikan Agama dari dua tempat yang berasingan iaitu Tok Man Sekon dan Kelas Agama Perempuan. Tok Man Sekon akhirnya dipanggil Sekolah Umum dan Kelas Perempuan dipanggil Sekolah Perempuan. Kedua-dua aliran ini digabungkan maka wujudlah Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

Konotasi Sejarah
Sebelum 1892
Telah wujud Sekolah Atap yang mengajar bacaan Al-Quran, membaca dan menulis jawi serta mengira. Sekolah ini dikelolakan oleh seorang alim. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Tok Man Sekon.

1892
Kerajaan Inggeris membina sebuah bangunan sekolah (JKR 90). Bangunan sekolah ini bersambung sekali dengan rumah guru. Bangunan ini dibina daripada papan. Ketika itu dikenali sebagai Sekolah Umum.

1918
Wujud satu kelas perempuan di bawah rumah Puan Som bt Hj Awang. Pejabat Daerah ketika itu membayar sewa tapak RM6.00 sebulan.

1927
Kerajaan Inggeris mendirikan sebuah bangunan sekolah berbumbung atap untuk Kelas Perempuan. Bangunan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan.

1930
Untuk Sekolah Umum, Kerajaan membina sebuah lagi bangunan (JKR 91) dan sebuah rumah guru (JKR 92).

1956
Sebuah lagi bangunan sekolah (JKR 365) dibina untuk menampung murid yang kian bertambah.Bangunan ini mempunyai enam bilik darjah. (Bermulalah persekolahan dua sesi iaitu pagi dan petang).

1964
Bangunan sekolah perempuan diruntuhkan dan dibina bangunan batu selapis (JKR 629) dan sebuah kantin.

1968
Sekolah Umum dan Sekolah Perempuan Tanah Liat digabungkan dan diisytiharkan dengan nama Sekolah Kebangsaan Tanah Liat pada 1 Mei 1968.
(Bangunan Sekolah Perempuan dijadikan Pusat Kokurikulum JPNPP) sekarang ini.

1975
Bangunan Sekolah Lama (JKR 90) dirobohkan dan dibina sebuah bangunan baru yang mempunyai 6 bilik darjah dan sebuah pejabat serta kantin. (kawasan sekolah mula di pagar sekelilingnya).

1998
Bangunan Sekolah Lama (JKR 91) dan rumah guru (JKR 92) dirobohkan. Sebuah bangunan sekolah baru empat tingkat dibina.

2000
Bangunan baru empat tingkat (JKR 2032) mula digunakan.

----------------------------------------------------------------------------------